Thursday, October 1, 2009

PERINGATAN : Kubur penebus rasa bersalah

hi....lame sey x update blog...bz kemain lg.....ntah pe yg d bz kn pun x tau...

k...situ sini sana...org dok cbok lg psl hari raya kn...so, aku ingt nk tukar ckit ler....mmg tgh mood raye nie beb...tp citer bab raya nnti2 laaa ea.....hiks

k...aku nk share ade 1 email nie...aku dpt dr Che mat EGM....aku rse cam t'pggl arr nk share benda ni ngn korang....



Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka ataspelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab
anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampaibila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk
dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa merekadiperintah Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang men gejutatau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itudijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan"
manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...


Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telahmengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya keran amaklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3.
tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... walhal semasa hidupmereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )

4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)

6.
buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa

7.
sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)

Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah diselitkan satu ayat yang taksampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan
lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah memin taapa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayatdi atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alamakhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal meneman ikami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, diaberkata,
"Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jen azahadalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam
kera
na mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam upacara-upacara jen azahmereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta
tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi, "Tidakkah kamu mahuaku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah un tukmelakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)


so....cmne? aku hrp sgt sesape bley kasi comment ckit psl benda nie....

k laaa....renung2 kn lh....dan selamat beramal....hiks


daaaaaa

No comments:

Post a Comment